Once again...

Assalamualaikum! :) Herm, Dah tau pun aku nak update psl apa kan? Haha, yes! Pasal tahun 2013 yang tak lama lagi akan berakhir dan tahun 2014 yg tak lama lagi jugak akan bermula! Okey! Let us review this 2013!
2013 ni memang banyakkkkkkkkkkkkkkk sangat perkara yang berlaku dalam hidup aku! Macam-macam perkara! Yang berlaku dari diri aku sendiri, kawan-kawan, family, orang sekeliling! Memang banyaklah! Dan aku pun sentiasa bersyukur dengan setiap cabaran yang aku hadapi. Sebab setiap perkara itu memang ada hikmahnya. Sama ada kita nampak atau tak je. Banyak sangat yang aku belajar dalam tahun 2013 ni. *Semua tahun pun mcm tu* Tapi sebab 2013 ni aku adalah calon SPM, so lagi banyaklah cabaran yg dihadapikan? Dari segi perasaannya, stressnya, masalah-masalahnya lagi. Hermmmmm. Lagi-lagi dalam perkara belajar dan berkawan. Tahun ni memang byk perkara2 baru yang aku dan kwn2 rapat aku hadapi :') Sedih? Gembira? Takut? Risau? Susah hati? Kecewa? Semua rasalah ada! Tapi entah kenapa jujur aku rasa. Tahun 2013 ni lebih banyak pahitnya dari manisnya :') Tapi tetap Alhamdulillah. *Aku tak tau nak tulis apa lagi. Idea tak datang*
Okey! Untuk 2014 pulak! Herm, bila masuknya 2014 nanti, maka berakhirlah tahun aku sebagai pelajar sekolah! InsyaAllah >< Setiap tahun mestilah ada azam baru kan? Haha. Dan semestinya jugaklah semua orang nak berubah jadi lebih baik ! Sama jugaklah mcm aku. Sentiasa berazam yg terbaik, tapi usaha? Haha, itu yang penting sekali! USAHA. Nak azam banyak2 tapi usaha takde pun tak guna jugakkan? So, apa yang penting! USAHA. DOA. TAWAKAL ;) Trademark biasa rite? But itulah yang kadang2 bukan semua orang boleh lakukan. Kadang2 usaha, tapi tak berdoa. Kadang2 doa bukan main, tapi usaha sikit pun takde. Dan kadang2 dah usaha dan berdoa, tapi masih tidak redha dgn ketentuan Allah. Tak sepenuhnya bergantung harap kepadaNYA :') Belum terlambat lagi untuk kita semua muhasabah diri. Dalami diri sendiri, lihat apa yg kita masih kurang. Iman kita macam mana? Yang penting jangan lupa Allah! Patuhi perintahNYA dan jauhi laranganNYA. InsyaAllah :)
Last but not least, sentiasa bersyukur kerana Allah masih memberi kita nafas utk meneruskan kehidupan, utk bertaubat sebelum terlambat, utk mengumpul pahala sebanyak yang boleh, utk memantapkan iman dlm diri dan utk menjadi hamba dan khalifahNYA! ALHAMDULILLAH! 
Okeylah! Itu sahaja! Assalamualaikum!

Gembiraaaaaaaaaaa! Rinduuuuuuuu!

Assalamualaikum! Weheeeeeeee! Happynya akuuuu! Haha. Sbb apa? Hermmmm, serious aku rasa happy! Happy sangat sebab dapat jumpa geng aku. Even tak semua dpt jumpa :3 But, aku tetap happy! Tadi gelak-gelak je memanjangggggg xD Aku rindu dyorang sangat-sangat! Gelak ketawa kitorang! Usik-mengusik! Serious aku rindu semua tuuuu! Hihi, memang banyak betul kitorang gelak2 tadi! Especially bila sentuh bab PLKN and bab berat badan! Haha xD

Okeyh! Sebenarnya tadi aku ngan geng2 aku kitorang buat gathering mcm tulah. But yg dtg 6 org je. Lagi 2 tak dpt dtg. Ada masalah. Herm, tapi takpelah! Tetap happy! Haha, kitorang buat gathering ni pun sbb ada dua org dlm geng aku yg terpilih utk PLKN! Haha, so kitorang pun ingat nak jumpalah dyorang sebelum 3 bulan dyorang menghilang. Haha. Yg terpilih tu USWATUN and FARHANAH. Haha, kesian dyorang! xp Nasib aku tak terpilih! Muahahahaha. Tadi mmg kitorang kenakan dyorang habis2lah! Hahahahhaha. Kitorang gathering kat kedai makan dkt dgn rumah Atun je. Dkt dgn sekolah jugak. Haha. Lepas makan2 tu lepak kat padang then ambik2 gambar! Yg memang kewajipan yg mesti dilakukan xp Hahahaha. Dah tu balik. Tu jelah! But even sekejap pun, serious aku happy! Happy sangat2! Aku rinduuuuuuuuuuuuuuuu dyorang sgt! Kan best kalau semua dpt gather. But ni pun dah cukup Alhamdulillah :') Hahaha.
Okeylah! Dah habis membebel, tgk gambar pulaklah xp *Semua kaki gambar* HAHAHAHAHA Yg best partnya! Kitorang semua pakai pink/merah! Atun sorg je yg pakai colour lain! Haha, padahal tak rancang apa2 pun xp





Ni nak tulis nasihat untuk ATUN and FARHANAH!
Korang, jaga diri elok2 :) Kat sana tu maybe banyak cabaran yg akan korang lalui. Cabaran fizikal, mental, and iman korang! Jaga pergaulan, fikiran, kesihatan, hati and yg penting jangan tinggal solat! :) *Tak tau nak ckp apa dah* Hehe, apa-apa pun. Ada hikmahnya korang terpilih tuh! Haha, InsyaAllah. Redha dan tawakal je k? Hihi, AKU SAYANG KORANGGGGGG! Take care :')
Okeylah! Assalamualaikum!

Cuti aku :3

Assalamualaikum! Straight to the point! Cuti ni mesti ramai yang pergi holiday sana sini, melancong merata tempat, bercuti sakan! Hermmm, mesti bestkan? Untunglah korang semua! Aku takde pergi mana-mana pun! SERIOUSLY! Balik kampung pun takkkkkkk! Cuti ni aku asyik dok ulang-alik dari rumah ke kedai dari kedai ke rumah je! Herm, cuti ni mmg aku jaga kedaiiiiiiiiii je setiap hari. Dah tu online memanjanggggg. Memang best dapat online sesuka hati tapi masalahnya bosannnnnnnnn gilaaaaaaaa tau tak? Ergh! Serious cuti kali ni sama je mcm cuti waktu lps PMR dulu. Hanya kebosanan yang menemani aku setiap hari T.T Serious aku rasa jeles tengok orang lain post gambar2 holiday sana sini. Herm... Tapi nak buat mcm mana kan? Dah kebetulan mak aku bersalin dlm waktu cuti ni, ayah aku sibuk menanda kertas SPM pulak n kedai takde siapa nak jaga selain aku ngan adik aku. So, terpaksalah berkorban :3 Tak pergi mana-mana. Tapi seriously aku cakap memang bosannnnnnnnn sangatttttt! Asyik dok mengadap benda sama je setiap hari. Herm... Nasiblah jaga kedai ni wifi kedai sebelah on. Kalau tak memang mati kutulah aku x3 Tapi bila aku rajin, aku kemas barang-barang kat kedai ni. *Bila rajin* Haha. Aku nak membebel tak puas hati panjang2 pun bukan boleh ubah apa-apa kan? So kita cerita pasal benda lain pulak xp

Perasan tak lagu kat blog aku dah bertukar? Haha, aku letak dua lagu. Korang maybe dgr yg first je. Try dgr yg second pulak xp Haha, aku suka muzik tu! Ni semua gara2 aku layan korealah! Dapat dari cerita Heartstrings. Alaaa, korang mesti tau punya kan? :) Aku suka guitarist dia! JUNG YONG HWA! Hahahahhah xp Hensem! Lagi2 gaya dia bila main gitar! Hahaha, cool jeeeee xp Dia comel jgk! Hehe Okey2! Stop it. Haha. Herm, korang trylah dgr tau?! Btw, aku nak tanya jgk ni. Kalau ada sesiapa yang tahu cerita2 korea yg best? Sharelah dgn aku! Boleh aku tgk nak hilangkan bosan ni. Aku tak pandai nak cari cerita2 yg best. Huhu :3

Herm, tak sangka! Tahun dpn aku dah tak sekolah! Orang lain sibuk beli barang sekolah, aku tak payah buat apa2. Hehe. Tapi yelah kan? Nanti macam-macam cabaran baru pula yg akan aku hadapi. Mcm manalah nnti kan? x3 Herm, korang doakanlah aku eyh? Semoga dipermudahkan segala urusan :D Btw, aku ingat aku nak ambil course arab! Haha, beraninya >< Herm, harapnya result SPM aku nanti okeylah utk ambil course tu! Memang rasa mcm takut, tapi aku dah mula minat. Tak salah cuba? Sbb kalau course science ni memang minta jauhlah! Aku memang tak boleh nak bawak! Seriously. Haha.
Herm, okeylah! Stop sini dulu ;) Pray for me k? Thanks! Assalamualaikum!

15/12/1996

Assalamualaikum!
Happy birthday to me! Happy birthday to me! Happy birthday to meeeee! Happy birthday to me! Alhamdulillah! Ini birthday aku yg ke-17! Yeayyyyy! Finally aku dah 17! >< Herm! Allah masih hidupkan aku sehingga hari ini. Syukur alhamdulillah. Dalam tempoh 17 tahun ni banyak sangat pengalaman yang aku dapat. Ujian yang aku lalui. Serious semua tu satu pengalaman yg berharga. Allahu... Selama 17 tahun ni bermacam-macam org aku kenal, berbagai-bagai cabaran aku hadapi terutama sekali dalam belajar dan bersahabat :') Serious! Aku takkan lupa semua pengalaman tu! Macam-macam yang Allah tunjukkan dekat aku! Dari yang kita boleh agak sehingga yang kita sendiri tak tersangka! Allahhuakbar!

Aku lemah. Lemah tanpa dia. Hanya DIA yang tau sebab kenapa dia masih hidupkan aku sehingga hari ini. Mungkin kerana dosa aku yang terlalu banyak dan dia beri aku waktu untuk bertaubat. Ataupun kerana dia nak aku cari dan selami cintaNYA kepada hambaNYA :') Haih. Sebenarnya perasaan aku tengah tak berapa nak okey ni. Haha, sebabnya biarlah rahsia :') *Terus mengharap* Haha, k.

Herm! Aku tak sambut birthday aku lagi! Sbbnya dalam family aku ni ada 4 org yg lahir bln 12. Haha, mak aku *2/12* Adik ke-2 aku *5/12* Aku *15/12* n adik ke-8 aku *21/12* Haha! So, ayah aku buat keputusan sambut semua sekali pada satu masa jelah! Huhu, kenalah tunggu birthday adik aku yang seterusnya tu x3 Aku dah tak tau nak membebel apa sebenarnya. Hahaha!
Alhamdulillah untuk hari ini. Ambil iktibar dari yang semalam, ubah untuk hari ini, dan berdoa untuk yang terbaik esok :') Allahhuakbar!
Okeylah! Assalamualaikum!

I AM DONE!


Assalamualaikum! Heeeeeee! SPM DAH HABIS! Wuhuuuuu! Yesss, aku tau org lain dah habis dulu. But aku tetap nak happy excited jugak! Haha. Yelah! Akhirnyaaaaaaaaaaaaa >< Aku dah habis exam! N dah habis zaman sekolah akuuuuuuuu T.T Wuhuuuu! Happy memang happy! But sedih pun ye jugak! x3 Yelahhhh! Lps ni tak tau jumpa lagi ke tak kawan2! Herm, byk dah aku lalui dgn dyorang semuaaaaaaaa! Kwn2 sekelas! Geng aku! Hermmmmm T.T
Eyh! Ni dah masuk cerita lain! Psl kawan aku post entri lain nanti! ;) Sekarang cerita pasal aku! *Yg dah freedom* Hahaha!
*Sorry, gmbr selekeh! Hehe*
Hermmmmmmm! I'm done with my school life! Dah takde bangun pagi awal-awal! Kerja rumah yg bertimbun! Cikgu nasihat itu ini. Marah itu ini! Perhimpunan setiap pagi! Kena sekolah ganti! Kelas tambahan! Huhu. And byk lagilahhhhh! And yes! I'm gonna miss all that! :') Seriously! Semua pengalaman tu takkan sama dgn apa yang akan aku lalui bila dah dewasa nanti! Tak lama lagi aku akan mula hidup yang baru! Cabaran yang baru! Pengalaman baru! Cerita baru! Hahaha. Tak boleh aku nak bayangkan macam mana nanti >< Aku ni dahlah jenis tak berani. Berdikari? Lagilah! Mcm jauh sangat je dari diri niiiii! Huhu. 

Tapi takpelahh, kita belajar dari pengalaman :) Setiap orang memang akan melalui semua ni bila dah sampai masa mereka. Allah dah tentukan dah hidup kita mcm mana. Cuma kita boleh ubah sesuatu yang tak baik, jadi baik dgn berusaha. Sbb Allah dah kata yang DIA takkan ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri yang mengubahnya :) So? InsyaAllah dgn izinNYA, kebaikan yang kita usaha akan terjadi.
Herm, okey! Apa lagi aku nak membebel ni? Haha, mood tgh baik! Tulislah byk2 sementara mood tu tak lari xp Haaaaaaaa! Aku nak bagi nasihat kepada adik-adik yang akan ambil SPM tahun dpn atau yang akan ambil pada tahun-tahun akan dtg! Sila ambil perhatian yeeeee?
Wahai adik-adik yang akan ambil SPM nanti! Korang belajarlah betul-betul! Sbb F4&F5 ni bukannya mudah! Subjek2 dia lagi berat! Dan mmg korang takkan faham tajuk-tajuk yg seterusnya kalau korang tak faham tajuk-tajuk yg sebelumnya. Jgn pernah ambil mudah dgn F4&F5 ni! Korang belajarlah bersungguh-sungguh, betul-betul fokus, jgn main-main! Sbb nanti korang mmg akan menyesal tak sudah :'( Sebab bila korang belajar betul-betul, fahamkan betul-betul, automatik korang akan minat semua subjek dan akan rasa senang n best semua yg kita belajar tu! Tak susah! Dan sebenarnya belajar ni seronok! Sbb kita lagi tahu dan lagi explore byk benda :) Lagipun, saingan dahlah makin sengit! So, belajarlah betul-betul ye?! Jgn main-main mcm akk T.T
Haha, nasihat ni mmg ikhlas dari hati! Bukan main-main! Sbb aku dah merasai rasa menyesalnya sekarangggg. Tapi tak boleh nak ubah apa dah. Tinggal doa n tunggu result je! Herrmmm, sebenarnya ramai je lepasan-lepasan SPM n org2 yg dah habis belajar dok nasihat aku. But tulah kan? Aku yg degil. Buat tak tau je. Main-main dlm belajar :'( Haih. Serious menyesal! So, aku harap sgt adik-adik bwh aku ni berusaha selagi mampu dan jgn putus asa! Allah sentiasa ada untuk kita dan dialah sebaik-baik tempat memohon pertolongan :') Allahu...

Okeylah! Panjang sgt pulak aku dah membebel! Hehe, harap-harapnya adalah yang ambil iktibar n ubah diri ye? xp Hehe. Okeylah! Assalamualaikum!

Thanks!

Assalamualaikum! Heeeeeeeeeeee! Hadiah dah sampai! Haha x3 Alhamdulillah menang dari GA! Heeee, bukti? Nahhhhhh!

Haha, menang dari ADAM lagi xD Tapi mmg rezeki and alhamdulillah! Sbb ada hadiah yang sebelum ni aku menang dari dia jugak, aku tak dpt lagi. Haha, bukan sbb dia tak hantar, tpi sbb ayah aku ingat barang tu bukan utk aku. Sbb nama lain yang tertulis. Ayah aku tak tau. Hahaha. So, hadiah tu dipulangkan baliklah x3 Huhu, so kiranya Allah dah permudahkan urusanlah ni :) Alhamdulillah!
Hihi, tudung tu yg hadiah GA yang dah lps. Yg kerongsang tu yg hadiah utk GA ni :) Btw, dia bagi sekali button badge! Haha, ada nama dia sekali x3 Thank you so much! :)
Heee, okeylah! Tu je! Assalamualaikum!