Yes, together :')

Assalamualaikum!
*Menulis entri sambil menangis* Haha. Kenapa aku menangis? Takde apa punlah sebenarnya. Cuma... Aku sedih tapi terselit kegembiraan. Aku teringatkan seseorang. Aku teringat segala kenangan aku dengan dia. Terbayang segala yang aku dah lalui dgn dia selama ni. Siapa dia sebenarnya? Dialah sahabat aku :') NURUL SYAZIERA BT AMIRUDDIN. Jujur aku kata, aku sayang dia sangat-sangat. Walaupun kami bersahabat hanya baru hampir 5 tahun je. Tapi serious banyak sangat benda yang aku dah lalui dgn dia. Macam-macam perkara yang kitorang buat bersama. Macam-macam cerita yang kitorang kongsi bersama. Perasaan tak puas hati? Sedih? Gembira? Marah? Benci? Semuanya!

Aku memang rasa dialah kawan yang paling aku rapat dan memang aku berani untuk mengaku dialah sahabat dan best friend forever aku! Btw, kenapa aku tiba-tiba je sedih-sedih dan tulis entri khas hanya pasal dia je ni? Sebabnya ni....
Sila dgr dahulu lagu ni...

Act, mula-mula tu aku layan variety show korea INFINITY CHALLENGE! Episode yg lama-lama punyalah. Saja nak layan sbb ada JAESUK/HAHA and salah seorang guest episode yg aku tgk tu adalah G-DRAGON >< Haha, aku bukannya minat gila-gila kat GD tu. Tapi dia comel! N lagu-lagu dia boleh tahan sedap ;)

Okey, balik pada topik! So, episode yang aku tengok tu adalah beberapa episode. Bersambung-sambung. Ada lebih kurang 6 episode utk 6 part. Yg aku tgk ni tema dia "2013 Freeway Song Festival" So, ahli IC n guest yg satu team dgn dyorang, setiap team masing2 kena buat satu lagu utk nyanyi atas pentas. So, aku layan jelah setiap episode tu. Kemudian... dalam episode last tu ada nyanyian semua ahli group! Maksud aku as one. Ahli IC nyanyi ramai-ramai with guest. 

So, nak jadi ceritanya lirik lagu tu memang sedih dan mendalam sangatlah maksudnya. Lagi-lagi rentak muzik dia! *Lagu yang dkt atas tulah* Bila aku dgr lagu tu, serious buat aku teringat sahabat aku tu. Aku teringat segala kenangan lama kitorang :') Herm... Serious air mata aku mengalir tanpa sedar. Sedih campur gembira. Haha. Aku tak tahu macam mana nak describe perasaan aku. Tapi mmg bila aku dgr je lagu tu, automatik aku terbayang dia.

Memang pernah je kitorang bergaduh! Rasa tak puas hati sesama sendiri, merajuk, tak bertegur. Tapi alhamdulillah sangat sampai sekarang persahabatan aku dgn dia masih lagi okey dan tidak putus :') Aku harap sangat persahabatan ni kekal hingga ke syurga Allah SWT. Amin!
NURUL SYAZIERA BT AMIRUDDIN. Aku sayang kau sangat Iera. Jujur aku kata kaulah sahabat dunia akhirat aku :') Ya, memang aku ada ramai juga sahabat lain. Tapi mereka lain daripada kau. Dan kau juga lain daripada mereka. Korang semua ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Tapi alhamdulillah, engkaulah antara sahabat yang paling aku percaya dan sayang! Please, jangan musnahkan kepercayaan aku. Kita sama-sama jaga ukhuwah ini hingga ke syurga Allah! Aku harap sangat kita sama-sama berjaya di dunia dan juga akhirat! Amin! InsyaAllah :') Ukhuwah fillah lillahi ta'ala ! Persahabatan ini hanya kerana Allah Ta'ala! Uhibbuki fillah! Aku cintakan kau sebagai sahabat hanya kerana Allah Ta'ala! :')
Tak lupa juga sahabat-sahabat aku yang lain! :')

Indahnya ukhuwah kerana Allah Ta'ala. Jagalah hubungan kita dengan Allah, automatik Allah akan jagakan hubungan kita dgn manusia. Segala pengalaman hidup yang kita lalui dengan bermacam-macam jenis manusia, dan mereka yang kita sayang! Semua tu akan jadi kenangan yang terindah untuk kita. Tidak kisahlah pengalaman indah atau pengalaman pahit. Pasti ada hikmahnya setiap sesuatu yang berlaku tu! InsyaAllah!

Okeylah! Assalamualaikum!

Alhamdulillah :')

Assalamualaikum!
*Selekeh. Haha*
Akhirnya tiba juga tarikh keramat untuk Batch96! HARI KEPUTUSAN SPM 2013 KELUAR! Hahahhaha. Congrats untuk semua yang berjaya dapat result cemerlang! Tapi yang tak berjaya atau dapat result biasa-biasa je, jangan putus asa! Tapi redha dengan ketentuan Allah. Jaga hati dan ubah diri jadi lebih baik :') InsyaAllah! Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya! Allah beri keputusan yang baik dan cemerlang tanda dia sayang kita. Tapi kalau result kita kurang memuaskan atau biasa-biasa je. Itu tandanya Allah beri peringatan kepada kita ! Ubah diri jadi lebih baik, mungkin adalah tu kita silap dimana-mana. Jangan pasrah, jangan putus asa! :') Rezeki ada dimana-mana! Allah dah susun yang terbaik untuk kita! Jangan risau! InsyaAllah!

Herm! Alhamdulillah. Walaupun result aku tak banyak A. Tapi semua lulus! Aku memang berdoa sangat-sangat semua subjek aku lulus! Sebab result aku selama F4/F5 ni memang banyak je fail. Sebab tu aku risau sgt. Tapi! Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku! :') Semua subjek aku lulus dan adalah juga A. Tak sangka jugak aku ada A. Hahahha. Even tak bnyk tapi dah bersyukur sgt!

Act, ayah aku dah tahu dulu pasal result aku. Dia nak bagitau mak aku, tapi aku dah cakap awal-awal dkt mak aku, kalau ayah aku nak bgitau pasal result aku, mak aku jgn dgr. Hahahha. Sbb aku taknak mak aku tau dulu. Herm, waktu aku tau yang ayah aku dah tau dulu, serious aku rasa cuak gila! Menggigil tangan aku! Aku tak tipu! Hahhahaha. Bila dah sampai sekolah, dah ramai rupanya orang dalam dewan sekolah! Hahhaha. Then aku pun pergilah dkt meja utk kelas aku. Tgk org lain ada yg dapat straight A's, 9,8,7,6 A. Huish! Makin cuaklah kan?! Tapi tumpang gembira jugaklah utk kwn2 sekelas aku tu. *Jeles pun ada jgklah kot* Hahhaha

Ayah aku guru kelas aku. So, dialah yang bagi result. Ayah aku ni pulak jenis sedih ke tak sedih ke dia cool je. So, tgk muka dia pun tak taulah mcm mana sebenarnya result aku tu. Hahahha. Okey, mula-mula tu aku rasa taknak amek lagi. Sbb ramai sgt junior2 yg berkumpul dkt situ. Tapi mak aku kata: "Cepatlah along! Kamu taknak ambil biar umi yang ambil. Umi dah berdebar-debar sgt ni nak tau" Hahhaha. Aku pun duduklah dkt kerusi yg disediakan. Menghadap ayah aku x3
Okeyh! Adik aku yg F4 ada sekali sebelah ayah aku. Yg best partnya tu! Bila ayah aku baru nak keluarkan slip keputusan nak bagi aku, dia tiba-tiba je menangis! Hahhahaha. Aku pun tak tau kenapa ! xD Lps tu ayah aku bgi slip result kat aku. Bila aku tgk result aku tu, takde fail. Automatik air mata aku mengalir! Seriously! Mengalir laju kau tau?! Aku rasa bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa aku! DIA dengar permohonan aku! :') Allahu... Haha, tapi lps tu aku rasa segan! Segan sebab A aku sikit je. Tapi nangis macam apa je. Yelah! Dpn junior2 yg ramai. Haha. Tapi bila aku fikir balik, aku menangis sebab aku rasa bersyukur sangat-sangat! Walaupun tak banyak A, tapi apa yang aku harapkan, apa yg aku doa, Allah dengar dan makbulkan! Aku berjaya buat umi dan ayah aku lega dan tidak kecewa! Walaupun tak dapat membanggakan dyorang, tapi at least aku berjaya tunaikan apa yang dyorang harapkan. Sebab mak aku kata dia hanya harap aku lulus semua subjek sbb exam2 aku bila masuk F4/F5 ni memang byk yg asyik fail je. Tapi Alhamdulillah SPM aku lulus semua ! :') Waktu aku nangis tu ayah usap kepala aku. Hahahha. Lagi bertambah segan n sedihlah aku x'3 Hihihihi.

Lps dah habis semua tu, aku tanya mak ayah aku apa perasaan dyorang yg sebenar-benarnya. Ayah aku kata: "Waktu ayah tgk result tu, ayah fikir "Ouh! Umi mesti gembira ni" Hahahahah. Dan ayah aku jugak kata: "Alhamdulillah, sebab result aku InsyaAllah boleh buat aku sambung bidang yang aku nak" :') Mak aku pulak kata: "Dia rasa lega. Lega sebab aku lulus semua." Dia jugak kata: "Tapi umi rasa kalau along lebih rajin dan belajar betul-betul, mesti boleh dapat result yg lebih cemerlang!" Hehehehhe. Aku sengih jeeee. Tapi takpelah! Yg penting aku berjaya juga buat mak ayah aku tersenyum :') Alhamdulillah!
Kawan-kawan aku yang lain pun result dyorang okey juga! Aku bangga dgn dyorang jugak! :'D Sbb kitorang ni dahlah memang main2 je waktu belajar dulu. Tapi Alhamdulillah result tak teruk sgt. Memanglah ada yg ada fail. Tapi at least ada jugak A :') Takpe! Kita naikkan semangat kita! Ubah diri kita! Jaga hati kita! Jadi anak yg soleh/solehah dan laksanakan segala perintahNYA! InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita! Umur kita masih panjang lagi kalau Allah kurniakan kita nikmat umur. Rezeki tu ada dimana-mana! Cepat atau lambat je kita dapat! InsyaAllah :')

Sepupu-sepupu aku pun dapat result yang cemerlang! Lebih baik daripada akulah! Dulu waktu F3 result PMR aku yang lebih okey dari dyorang. Tapi sekarang aku yg down. Hahahha. Itulah org kata, cemerlang PMR tak semestinya cemerlang SPM! Mcm tu juga sebaliknya! Tapi gagal SPM tak bermakna gagal dalam kehidupan! Okey?! SPM ini hanyalah permulaan utk pengalaman hidup yang baru! ;) Heeeee!
*Kawan-kawan sekelas aku*
Result dyorang semua gempak2!

*Antara budak-budak result gempak* *Campur kelas*

Untuk Batch96! Kita akan mulakan permulaan hidup yg baru :D Dunia yg baru bagi kita! Cabaran hidup akan jadi lebih besar! Jadi didik diri kita jadi lebih matang! Jangan sampai tersalah hala tuju hidup! Okeyhhhh :D
Congrats again for all 96's batch! ;) May Allah ease us in everything and success in life until Jannah! InsyaAllah! Amin :')
 Okeylah! Panjang pulak aku menaip! Hahahhaha. Assalamualaikum!

SPM RESULT? xD

Assalamualaikum!
Cuaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Takutnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! Risaunyaaaaaaaaaaaaaaa! Tolonggggggggggggggggg! Haha. Rilekslahhh! SPM je pun -,- Tapi masalahnya tetap risau jugaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk!

Hahahaha. Okey2! Enough2! Merepek menjerit meroyan macam apa je xD Haha. *Act, saja je tulis mcm tu* xp
Okeyh! Yawww! Esok result SPM keluar! Semua batch96 mulalah resah-gelisah! Susah hati! Cuak! Takut! Risau! Hahahahaha. Aku pun tak terkecuali jugaklah sebenarnya x3 Tapi jujurlah aku nak bagitau! Hari ni yg baru aku rasa cuak sangat2! Hari sebelum2 ni aku memang tak rasa apa sgt! Serious! Tapi entah kenapa bila fikir esok dah nak dapat result! Terus aku jadi tak senang duduk! Dan sebenarnya aku tak berapa yakin sangat dgn result aku! :/ Aku rasa macam boleh ke result aku okey? Herm... Serious aku rasa tak yakin! Lagi satu sebab aku takut mak ayah aku tahu result aku dulu daripada aku! Aku taknak macam tu! Waktu PMR dulu, dyorang yg tahu dulu! Tapi at least aku legalah jugak sbb result aku alhamdulillah okey! So, dyorang takdelah kecewa. Tapi masalahnya SPM ni entah kenapa aku langsung tak rasa yakin :/ Aku risau sbb ayah aku cikgu kat sekolah aku. Guru kelas aku waktu F5 lagi! ;/ Tapi dia ajar aku jugak waktu F4 n F5. Haih. Tu yg aku risau mcm manalah reaksi dia nnti kalau result aku tak okey :/ 
Aku tak rasa yakin tu sebab bila naik F4/F5 ni memang aku jadi malas belajar! Aku pun tak tahu asal! Serious aku jadi main2 dalam belajar waktu naik F4/F5! Lagi satu macam2 hal yang berlaku. So, memang aku sendiri rasa sikit je yang aku belajar dalam F4/F5 ni. Herm... Result aku utk ujian/pertengahan/akhir tahun, semuanya pun tak berapa okey! Fail jgn cakaplah! Ada je dalam result aku tu! Haish!
Nak menyesal pun tak guna dahhhh. Esok dah nak dapat result pun -,- Hanya mampu berdoa banyak-banyak jelah. InsyaAllah. 
Aku memang dah fikir. Kalau memang aku tak dapat mana uni yg aku mohon, aku akan ambil STPM je. Tapi ambil yg Pengajian Islam. Sbb aku memang nak sambung belajar dalam bidang agama. Aku memanggggggggggggggggg tak minat sains! Seriously! So, kalau aku ambil STPM, aku ada sijil dia. InsyaAllah boleh mohon KUIS. Sbb ayah aku kata KUIS dah naik pangkat jadi universiti yg terkenal jugaklah. Tapi kalau nak ambil course Arab, Pengajian Islam, or yg seangkatan dgnnya kena ada sijil STPM! So, kenalah ada sijil tu dulu :) Takpelah, kita tunggu je result. Tawakal kepada Allah.

Btw, for batch96! Best of luck for our result! Kalau result tak okey, jangan putus asa! Mungkin bukan rezeki kita. Mungkin rezeki kita dekat tempat lain, waktu lain. Siapa tahu? Jadi, jgn kita menyesal dan mula hati jadi tak redha dgn ketentuan Allah. Nauzubillah... Jaga hati kita. Setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya! Allah mesti dah susun dgn baik dah kehidupan kita :)
Gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya!
Bila kita jatuh, kita bangkit semula!
Ubah diri jadi lebih baik!
Jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah hubungan kita dgn manusia turut akan terjaga.
Yakin dengan Allah!
Pray for us batch96! Semoga batch96 dapat result SPM2013 yang cemerlang dan lulus 100%! Amin! InsyaAllah! :)
Okeylah! Assalamualaikum :) 

SILA KLIK xD

Assalamualaikum!
Yeyeyeyeyyeyeye! Akhirnya siappppp jugak! xp Haha, apa yang siap? Blog baru akulah! Blog EXO >< Haha. Tapi biasa-biasa je rupa dia! Simple ikut taste aku! Hahahha. Takpelah! Yg penting aku suka xp Tema blog tu warna biru! Header pulak MAZNI yang buatkan! Terima kasih sangat2 dkt dia! Act, semua header blog aku yang lawa-lawa n cute-cute tu semuanya dialah yang tolong buatkan! Aku mana pandai nak edit lawa2 ni x3 Hehe.

Jom usha blog baru aku tu! Dan lagi bagus kalau korang baca entri aku kat situ! Hehehehe

EXO SARANGHAJA ❤️

Tapi aku tak post apa-apa sangat lagi! :3 Hehe, Idea taknak muncul lagi sekarang x3 Tapi jangan risau! Blog tu tetap akan diisi dengan banyak entri! :) Haha. *Macam ada yg kisah je* x3 Nevermind, saja nak bagitau! Hehe.

Btw, for all EXOSTAN or for those who love EXO! Yg ada blog! Be pleasure to follow my new blog! Don't worry! I'll follow you guys back! ;)
Okeylah! Assalamualaikum! ;)

#PrayForMH370

Assalamualaikum!
Mesti ramai yang dah dengar n tahu tentang berita yang menggemparkan seluruh dunia! Ya! Berita tentang kehilangan kapal terbang #MH370! Hari ni dah masuk hari ketiga peristiwa tu berlaku, tapi masih tak dnegar apa-apa berita baik. Allah... Mmg ramai yang bersedih. Even family kita takde dalam kapal terbang tu, tapi kita turut merasai kesedihannya! Tak boleh bayangkan macam mana keadaan mereka sekarang! Allahu... :(
Hanya mampu berdoa dan terus berdoa disamping berusaha mencari mangsa-mangsa kemalangan tanpa putus asa!
Serious peristiwa jadi sebutan di laman sosial!
Antaranya: #PrayForMH370
*Sebelum ni trend No.1*
Dekat laman sosial lain pun ada! Tapi aku malas nak print screen. Aku tak tunjuk pun, korang dah tahu kan?
Bila dah kecoh pasal sesuatu berita, mulalah macam-macam spekulasi yang keluar! Macam-macam versi cerita yang ada! Tak faham betul dengan orang-orang ni. Kalau kita tak tahu perkara sebenar, jangan pandai-pandai sebar cerita. Tak fikir ke perasaan mereka yang lain, yang dalam keadaan sedih menunggu dan mengharapkan kepulangan ahli keluarga mereka? Fikirlah!

Yang lagi best tu, dalam waktu-waktu genting macam ni pun ada jugak manusia yang tak tahulah layak lagi ke tak dipanggil manusia! Boleh dyorang buat main benda2 sensitif soal mati hidup seseorang ni! Dah hilang akal ke apa? Tak berperikemanusiaan langsung! Takde perasaan apa? Macam-macm drama muncul kat twitter ni! Sampai ada yang masuk TV! Seriouslah! Semua org sedih atas apa yg menimpa dia. Sekali, semua tu hanya penipuan semata-mata untuk kejar populariti! Aduhhhh!

Selain tu, ada pulak manusia2 yang sama bengong je, dok kaitkan peristiwa ni dengan politiklah, muslimlah, Malaysialah! Yang lagi best tu ada yg sedap2 je menghina mangsa2 kemalangan tu tanpa rasa malu atau berperikemanusiaan! Even artis pun sama je! Bila ramai dah hina, maki, caci semua. Minta maaf. Eyh! Org dah hilang respect dekat kaulah! Ingat dgn minta maaf senang2 mcm tu je, org boleh lupakan mcm tu je? Stupidity everywhereeeee! Lain kali fikirlah dulu sebelum nak buat apa2. Akal ada guna. Bukan letak kat tempat lain yg mudah dipijak-pijak -,-

Patutnya kita berdoa banyak-banyak untuk kesejahteraan mangsa2 kemalangan! Bukan dok sibuk cari perhatian dengan menghina macam tu. Ya Allah...
Semoga kita semua akan dapat dengar berita baik dengan segera! Amin! :')
Okeylah! Assalamualaikum!

Ukhuwah Fillah Abadan Abada Fil Jannah :')

Assalamualaikum! Perasaanku bercampur-baur kerana terlalu banyak memikirkan perkara yang tidak pasti puncanya, alasannya, tujuannya. Herm... Dan hati ini sakit menyimpan segala jenis rasa dan perasaan yang tidak boleh diluahkan dan tersimpan lama sehingga memberikan kesan buruk kepada tuan punya badan. Iaitu aku. Haha. Panjang lebar betul intro aku!

Sakit hati ini, hanya Allah yang tahu.
Luka hati ini, hanya Allah yang tahu.
Rasa hati ini, hanya Allah yang tahu.
Apa yang tersimpan dalam hati ini, hanya Allah yang tahu sebenar-benarnya.
Apa yang tidak dapat terluah dari hati ini, hanya Allah juga yang tahu!
Kadang-kadang kita simpan untuk menjaga hubungan. Untuk mengelakkan pergaduhan. Bukan untuk berlagak baik. Bukan untuk hipokrit. Tapi untuk kebaikan semua. Masalahnya tetap kita perlukan tempat untuk luahkan. Sama ada kepada orang yang paling rapat ataupun hanya kepada-NYA. Allah yang esa. Kalau simpan sendiri je dalam hati, pendam je. Ingat tak bahaya ke? Boleh buat orang jadi gila tahu? Sbb banyak sangat fikir dan simpan sampai sakit sangat hati ni. Herm...

Bukan mudah nak jaga hati semua orang, dan bukan mudah juga nak puaskan hati semua orang. Takde manusia yang sempurna. Semuanya ada kelemahan sendiri. Jadi janganlah kita mudah-mudah nak hina orang lain, kutuk dia, kata dia macam-macam hanya kerana kita tak puas hati dengan dia. Cuba kita fikir, kita dah berjaya ke puaskan hati semua orang? Kita dah cukup sempurna nak judge orang lain? Memang kadang-kadang kita akan terlepas juga perasaan tak puas hati tu, tapi tak bermakna kita tak boleh kawal kan? Tak bermakna kita tak boleh minta maaf dan ubah sikap? Tak susah kalau kita ikhlas. Tak susah kalau kita betul-betul yakin dengan Allah. Memang! Minta maaf itu lebih sukar daripada memaafkan. Tapi malu tu biar bertempat, kalau salah tempatnya takut jadi makin teruk pula sesuatu perkara tu. 
Aku bukan hendak tujukan kepada sesiapa, tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar manusia. Aku penat. Penat dengan mainan dunia. Mainan perasaan. Mainan syaitan yang memang matlamatnya hanya satu iaitu menyesatkan dan merosakkan manusia. Menghancurkan agama islam! Allahu... Iman manusia turun naik, ada masa kita betul-betul bertaqwa, tapi ada masa kita lalai. Sebab tu penting ukhuwah! Tapi macam mana nak adanya ukhuwah kalau hubungan sesama keluarga, saudara, sahabat, kawan, dan saudara seislam tidak dijaga?! Ada sahaja hasad dengki, buruk sangka, benci-membenci dimana-mana?

Memang tak mudah nak jaga. Tapi ingat! Benda baik yang kita buat Allah memang akan jaga dan bantu. Cuma memanglah banyak halangannya sebab pengakhirannya adalah tersangat indah. Kalau tiada ujian, tiadalah manisnya. Sebab itu Allah beri ujian, tapi kita kenalah bijak menghadapinya dan menjaga hubungan dengan semua pihak. Allah sentiasa ada dibelakang kita. Bila kita lemah, minta kepadaNYA kekuatan. Bila kita kuat, panjatkan kesyukuran atas kurniaanNYA.
Ujian yang diberi juga sebenarnya memberikan kita pengalaman dalam mengenal dunia dan menjadikan kita lebih matang untuk menjalani kehidupan seharian. Allahu... Penyayangnya Allah. Janganlah kita merungut bila ada yg memberi teguran dan nasihat, sebab semua itu sebenarnya datang daripada Allah sendiri. Cuma dia menggerakkan hati seseorang untuk menyampaikannya kepada kita. Tak rasa sayang ke kalau kita buat tak tahu je? Allah yang tegur dan memberi nasihat tu. Hidayah Allah memang susah nak dapat. Bukannya dengan mudah-mudah je jatuh dari langit. Tapi kita kena usaha untuk dapatkannya! Kalau dah dapat, janganlah kita sia-siakan. Peluang kedua bukannya selalu ada.
Bila kita rasa hati tak tenang, jiwa runsing je, perasaan bercampur-baur, sentiasa ada masalah. Itu tandanya hati kita dah nazak. Cepat-cepatlah pulihkannya kembali dengan solat, baca Al-Quran, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu dan bergaul dengan orang-orang alim atau yang berilmu. Jangan takut, jangan malu, jangan segan! Allah amat menyayangi mereka yang ingin berubah. Dia akan bantu kita! Kalau Allah suka, mestilah orang-orang yang mencintai Allah pun akan sukakan? Fikir positif! Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita! Sementara kita masih hidup, gunakanlah masa yang ada ni sebaiknya! Jangan sia-siakan masa yang ada!
Kalau rasa nak berubah sekarang, kenapa perlu tunggu esok? Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita untuk menjadi seorang hamba yang soleh/solehah! Amin!
Aku hanya seorang pendosa. Yang juga tidak sempurna. Jika ada khilafnya, perbetulkan aku. Sama-samalah kita berubah :') InsyaAllah!
Assalamualaikum!