"3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN"

Assalamualaikum! Satu lagi giveaway kita cuba nasib jelah kan. Huhu, mana tau ada rezeki :)


Syarat dia pun simple sgt, so takdelah berat sgt nak join pun. Huhu

Okay, tu je! Goodluck semuaaa! Hoho! Assalamualaikum!

SEBELAS SOALAN - Tag by Leya :D

Assalamualaikum! Heeee, kita main tag-tag pulak ya? Hahaha. So, saya di-tag oleh Leya! >< Thank you Leya!
It’s a tag post and the rules are pretty simple: You have to answer 11 questions by the blogger you were tagged by. Then when you’re done answering, you tag 10 bloggers of your choice to answer the questions you leave for them! No compulsion if you do not want to do it ya. Tiada paksaan :) This is just for fun! So i could get to know you better!
Soalan-soalannya:

 1. Cerita serba sedikit tentang diri kamu.
Nurul Fadhilah Binti Solah. Study di KUIS. Course Degree QURAN SUNNAH dan COMMUNICATION. First daughter from 9 siblings. Suka makan. Kurang suka drama Melayu. Talkative. Mesra dgn org tapi tak berani start first in conv. with stranger. Love to make people happy. Really scared of cat (//>,<'//) That's all maybe? Haha.

2. Apa pendapat kamu tentang blog saya? Jujur ye, baik buruk saya terima.
OF COURSE LAH LAWAAAAAA! Baru tgk td, "Waaa, bg baruuuu! Lawanyaaaa" Heeeee xp

3. Blog siapa yang sering kamu kunjungi?. Nyatakan sebab.
Hermmmm, blog selalu kunjungi? Blog Leya lah maybe! Hahaha. Blog Mazni sekali rasanya xp Blog Leya sbb Leya rajin BW and kdg tu entri sentiasa terupdate! Blog Mazni sbb she is my 'sifu' in blogger world! HUHU. And of courselah blog mereka yg BW di blog Fadh yg tak seberapa ni ^^

4. Warna kegemaran. Nyatakan sebab.
BIRUUUUUUUU BLUEEEEEEEE ! Sbb warna tu nampak lawa ♥.♥ Hihihihi, Fadh pun tak tau kenapa. I just like it!

5. Bila bosan buat apa?
Makannnnnnn. Hahahahahha. Menggemukkan badan jeeeee. Selain tu, layan drama/movie, tidur, atau buatlah apa-2 yg boleh hilangkan kebosanan! Hahaha

6. Perkara yang membuatkan kamu bangga dengan diri sendiri buat masa ini?
Herm.... apa eh? *Fikir jap* Bangga sbb dpt buat org gelak or happy maybe ;) Give happiness to others! :D

7. Apa matlamat dalam dunia blog?
Nak post cerita hidup sendiri, perkara-2 gembira atau sedih, nak dpt more friends and share knowledge with others! ;)

8. Pada tahun bila kamu bergelar seorang blogger.
2011 tak silap! Waktu Form 3. Waktu tu mmg tahun hangat blogger-2 baru blog! Heeee >< (Serious, waktu tu medium blogging ni tgh famous)

9.  PC atau smartphone.
Smartphone and laptop. Haha

10. Fav song. Nyatakan 3.
Fav buat masa ni:
Love More- Bii
You're The One- Xiumin (Falling for dojeon drama-ost)
Come Back To Me- Bii
Falling In Time- Bii
Imperative- Andrew Tan ft Bii
Flying Meteor- Bii

Hehehe, try dgr yeahhhh! xp

Okayyyyy! Tu jelah kot? Hahaha. Herm,,, Fadh maybe tak tag sesiapalah kot. Huhuhu. Jwb soalan Leya je. Nak buat soalan lain pun mcm takde idea nak tanya apa. Hoho. Btw, thank you for reading! :) Annyeonggg~ Assalamualaikum!

Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA by MawarAssufi

Assalamualaikum!

Di-tag oleh Sis Farahin ;)

So, sementara aku balik rumah hujung minggu ni, sempatlah nak join! Hehe

 Menetap (Negeri) : Selangor 
 Kerjaya/Study : Study di Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah dan Komunikasi :) (Sekarang sem 2. Alhamdulillah ^^)
 Sebab Anda Blogging : Mula berblogging lps tgk cousin punya blog and rasa blogging ni mcm best. Then bila dah ada blog sendiri, mula suka nak update stories and especially suka edit blog sendiri. Hahaha, bila tgk hasil edit blog sendiri, rasa puas hati gituuuu xp
 Pernah Join Mana-Mana Blogger Club? : Ouh, tidak pernah.
 Nyatakan kelab tersebut : -

Tempoh Segmen: 20/11-30/11/15 :)

Tag: Mazni and Izyan !

Thank you! :) Assalamualaikum!

2nd Sem! =3

Assalamualaikum! Finally it is end of semester break! TT^TT Huarghhhhhh! Nak cuti lg boleh takkkk. Even kerjanya mereput je dkt rumah setiap kali cuti... Tapi tak payah stress psl asg, presentation, exam! Huhuhuhu. Ottokhaeee! Nak taknak kena jugak terima kenyataan cuti dah habis. Hahahahahahahahahha T.T

Esok dah mula sem baru! 2nd sem! Subjek baru! Lecturer baru! Suasana baru! Huishhhh. Even selalu je lalui perkara yg sama... Tapi still nervous itu adaaa! Lagi-2 sem dua ni subjek dia boleh tahan banyakkkkkkkkk. Hahahahahha. Dahlah banyak kuliah pulak tuuuuu. Habislahhhhh, nak present dpn ramai-ramai dlm kuliah in arabic pulak tu. Allah... Lemah semangat gueeeee. Aku ni bukan pandai sgt ckp arab. Huhuhuhu

Hermmm, lps dah masuk belajar balik ni, blog pun maybe jaranglah dpt bukak. Yelah, paling kerap pun maybe every weekend jelah kot dpt nak usha/update. Huhu. Takpe! Yg penting jgn sampai tak terupdate jelah kan!

Barang dah habis kemas, tinggal nak siap-siapkan diri dan kembali ke kuis :3 Semoga aku kuat untuk menuntut ilmu dan meneruskan sem yg seterusnya! InsyaAllah! Aminnnnn! :)
Bye bye rumahhhhhhh! Iskk... iskkk... iskkk..... (Hahahahah, overrrrrr! Pdhl tiap minggu selalu balik jgk! xp)

Assalamualaikum!

Sharing is caring , caring is loving ♥

Assalamualaikum! Perhatian! Entry ini ditulis semasa hujan yg tersgtlah lebat kerana sekarang ni musim tengkujuh jadi berhati-hatilah semua walau dimana sahaja kalian berada. Hahahahaha, peringatan ikhlas daripada saya ^^

Found this photos on twitter and i think it is a good thing to share :)





Setiap org mesti ada satu masa yg dia rasa keseorangan, sedih yg teramat, rasa tiada siapa yg boleh memberi pertolongan, rasa this is the end of my life. Tapi jgn kita lupa. Bahawa Allah sentiasa ada untuk kita. Dia tak pernah lupakan kita. Cuma kita je yg kdg-2 pandang ke arah lain dan tidak meminta pertolongan daripadaNYA. Mungkin kita rasa sudah puas kita berdoa, meminta kepadaNYA tetapi tiada apa yg berubah, ingatlah mungkin belum tiba masanya. Mungkin ada sesuatu yg Allah nak tunjuk kepada kita. Bersabar, dan redha dgn segalanya. Letakkan keyakinan kita hanya kepada Allah SWT. Jom jadi kuat! :)
Semoga Allah mengampuni dosa kita semua. Amin Ya Rabbal'alamin...
 Assalamualaikum! 

Hahahahaha

Assalamualaikum! Bila dah terlebih masa, takde apa nak buat, dia pun mulalah mengedit itu ini walaupun sbnrnya tak perlu tukar sgt pun. Haha. Dah jadi mcm hobi pulak asyik nak main tukar-tukar warna, rupa, bentuk, background, itu, ini. Hahahaha. Bila hati tu kejap suka, kejap tak, maka berlakulah eksperimen secara tidak langsung. Okayy, apa yg aku merepek sbnrnya ni. Hoho

The fact that aku sbnrnya tak berapa suka warna pink sbb aku rasa keperempuanan sgt. Asal pulakkan?! Haha, lek-2. Aku tak suka, tp aku tak kata org lain tak boleh suka. Maybe sbb aku ni takdelah jiwa perempuan sgt kot? Tu yg kurg sikit dgn warna pink ni. TAPI MASALAHNYA, TAK KISAHLAH KOT MANA PUN AKU PUSING, MESTI AKAN ADA JUGAK WARNA PINK TU. Hahahahahahaha, lawak jelah kau ni Fadh. Tgklah rupa blog aku. Aku mmg suka sgtlah warna biru, tp entah mcm mana ada jgk warna pink yg menyelit. Angkat bendera putih ><''' 

So, aku telah menukar lagi rupa blog ni. Hahahahaha, tiba-tiba rasa bosan tgk header lama dan tgn ni pun tgh rajin nak buat kerja mengedit, so teruskan jelah! Tapi header biasa-biasa je. Sbb aku ni bukan jenis yg kreatif sgt. Hahahaha, mmg faillah bab-2 seni ni xD Bila dah mula edit tu, gatal pulaklah nak edit benda lain. Dah tu satu hari dok mengedit. Hahahaha. Byk lagi nak kena belajar! Tapi, alhamdulillah tak hancur blog ni dikerjakan xp

Okay, entri nak merepek je ni. Terima kasih bg yg membaca. Komen dan cdgn anda amat dihargai. Haha, bye and Assalamualaikum bloggers! ;)


INSECURE

Assalamualaikum earthling! ;p What's up?! Hahahaha, okay let's straight to the point jelah kan? What to talk about? :) Yeahhh, I N S E C U R E ! Of course ramai pernah guna perkataan ni kan? Haaa, tapi apa makna sebenar-benarnya perkataan INSECURE ni eh? :3


Nak katanya memang ramailah yg suka guna perkataan INSECURE ni kan. Majoritinya ramai yg suka insecure bila dyorang tgk someone yg lawa ke hensem ke cantik ke comel ke smart ke bergaya ke drpd diri mereka. Hahahahaha. Selain tu, mesti ada jgk yg pernah rasa insecure dgn kekayaan org lain? Kebahagiaan org lain? Apa yg dimiliki org lain? Kelebihan org lain? Boleh jugak dikatakan "jealous tapi dalam keadaan senyap" Hahaha, mcm mana tu? Alaaaa, maksudnya kita rasa jeles, or (kagum?) dgn apa yg org lain ada. Then, kita pun rasa kenapalah aku takde jugak benda tu, knplalah aku tak miliki tu semua? Tapi takdelah kita pergi buat apa-2 pulak dgn org tu. Just fikir sendiri-2 jelah kan. Haaa, mesti ramai pernah rasa kan?

Aku pun, byk kali gaklah rasa insecure ni. Bila tgk org lawa, boleh travel sana sini, dpt apa yg dia nak, tgk blogger-2 pandai main dgn coding, edit mcm-2, blog lawa-2 (Ehhhh) Siapa tak rasa jeleskan? Haha. Tapi nak buat apa pun tak boleh jgk, boleh tgk jelah ;p Biasalah tu, manusia mana pernah puas. Kalau boleh mmg semua benda kita nak. Kalaulah poket doraemon tu wujud, agak-agak mcm mana eh? Hahahaha, nak cerita psl kalau sampai bila pun tak habis. Yg penting usaha tu. Jangan asyik nak berkalau je. Huhu. 

Perasan tak? Kadang tu sbnrnya, kita je yg rasa orang lain nampak sempurna, bahagia, dpt apa yg mereka nak dan rasa diri kita ni mcm tak (bertuah?) Alaaa, mcm mana nak ckp eh? Kita rasa sedihlah, rasa asal aku tak dpt mcm tu jgk... Haaaa, lebih kuranglah.... Tpi dlm kita tak sedar tu, sbnrnya mmg ada nikmat yg Allah bg dkt kita, tp mungkin takde dkt org lain. (Ya tau, ayat biasa dgr. Tp berapa ramai yg ambil kisah?) Kalau ada kekurangan dkt kita, mesti ada kelebihannya dkt tmpt lain. Allah tu tak kejam, malah dia sgt mengasihi makhluk-makhluknya. Kdg kita je yg menzalimi diri kita sendiri. Kita sesakkan fikiran kita, perasaan kita dgn rasa tak confident, tak puas hati, sedih, asyik dok tgk kelebihan org lain sampai lupa apa yg kita ada dan paling parah boleh bawa kepada rasa tidak bersyukur. Nauzubillahhiminzalik... 




فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Manusia hidup saling lengkap-melengkapi, tiada manusia yg boleh hidup sorang-2 dkt dunia ni.
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah SWT. Sesunggunya Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (al-Taubah: 71)
Korg rasa ada ke? Kalau ada mmg susahlah hidup dia. Allah pun menyuruh kita utk bersaudara dan menjaga hubungan sesama manusia.
 “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Apa-apa pun, manusia ni tak sempurna. Jadi apa yg kita boleh buat adalah, sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada, dan usaha untuk apa yg kita inginkan! Fighting! *Sama-sama peringatan untuk diri sendiri juga!*

Aku bersyukur, walaupun tidak diberikan kehidupan yg mewah, tp aku ada ibu bapa yg sentiasa mengingatkan tentang akhirat, dan sentiasa menjaga anak-anaknya. Dikurniakan adik-beradik yg ramai utk menghilangkan bosan, dan kehidupan yg baik secara bersederhana :) Alhamdulillah!

Okaylah! Assalamualaikum! ^^

BAD START DOESN'T MEAN BAD END! ARASSO?! :D

Assalamualaikum kawan-kawan! Okay result dah keluar. Alhamdulillah walaupun tidak seperti yang aku harapkan. Takpe. Ada 7 sem lagi nak kejar! :') Adalah tu Allah nak bagi peringatan dkt aku. Maybe usaha aku sendiri pun still tak cukup bersungguh. Diri sendiri pun tau v.v Sedih mmglah sedih kan? Tapi nasib baik ada kawan-kawan yg baik tlg bg nasihat untuk tak putus asa n ini bukan bermakna pengakhiran. Dahsyat betullll! x3  Maaf kalau over. Haha, tapi mmg sedih punnnnn! Huarghhhhhhh TT^TT Okay, past is past! Let bygones be bygones! Sekarang pandang ke hadapan dan buat yg lebih baik! Usaha itu penting! Berubah jgn lupa! FIGHTING!! :'D
"LAIN SYAKARTUM LA-ADZII DANNAKUM WALAIN KAFARTUM INNA AZABI LASYADIID"
Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
 Muhasabah diri kita!

Okay, now nak cerita psl blog pulak. Haha. Nampakkan ada beberapa perubahan dkt blog ni >< Okay ke kawan-2? Combination warnanya? Kene ke? x3 Hahahahaha, komenlah sikittt. Tak banyak pun takpe xp

Lagi satu! Aku baru buat page Linkies! Nak exchange link tak kawan-kawan? :D Hehehehehe, bgtau di cbox ya! :* Gomawo chingu yaaa~~

Byeee! Assalamualaikum! :)

Izzat Azhar buat Review Blog!

Assalamualaikum bloggers! ;) Heeee, sbb lama sangat dah rasanya tak join apa-apa segmen or giveaway, so kita joinlah yg satu ni. Haha. Sebab syarat dia pun simple n at least aku boleh menulis x3


Teringin gak nak di-review blog ni kan? Haha, mana tau masuk bloglist jgk ke xp K. Hahahahahaha.
Sedang menunggu result SEM 1 degree dengan excited dan berdebarnya! \(>o<)/ Doakan kawan-kawan! Tq! :p
Bye! Assalamualaikum! :)